Monday 20 January 2014

Senarai barang / keperluan untuk pindah rumah sewa .

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kelmarin jururawat datang rumah. Datang untuk periksa kandungan Cekti . Macam biasa,  periksa tekanan darah, uji air kencing dengan periksa bunyi pada perut, macam guna trompet tu.. Heheh.  Jururawat akan datang rumah 4 kali dari mula mengandung sampai lah bersalin. Bagus juga klinik kerajaan ni.. Cekti macam rasa dapat layanan VIP pula. hehehe

Gambar hiasan
 
Gambar hiasan














Emm.. untuk post kali ni, Cekti nak kongsikan tentang senarai barangan yang perlu ada semasa nak pindah rumah. Oh ya, khas kat sini untuk rumah sewa ya.. Kalau rumah sendiri, mungkin lebih banyak lagi barang keperluan yang hendak dibeli.. hurmm mungkin lebih banyak lagi, nak renovate dapur lah, pasang CCTV lah..

Nak pindah rumah sewa ni, banyak juga sebenarnya benda yang nak kita pertimbangkan. Kalau anda masih bujang, takpa lah boleh kongsi 1 rumah dengan kawan2 lain. Pastu beli barang boleh kongsi dengan 5 6 kawan kita. Jadi kos untuk setiap seorang tu murah lah sikit kan. Berbeza lah pula dengan pasangan yang berkahwin . Mestilah hanya berdua je nak duduk rumah tu dan dua orang tu juga nak kongsi beli barang , dan bayar sewa rumah. Tu pun kalau suami isteri bekerja, kalau suami sahaja yang bekerja? Gaji 3k pn dikira taraf miskin.(Ek??).Oleh itu, harga rumah sewa adalah menjadi pertimbangan utama dan kemudian baru difikirkan tentang perkara lain seperti kemudahan dan lain-lain.

Fenin . Fenin .

Tapi tidak mengapa. perlahan-lahan cari ya.
Sambil cari rumah sewa tu, sambil godek-godek balik hadiah kahwin . Kot-kot ada senarai barang yang Cekti senaraikan ni anda semua dah dapat masa kahwin,  tak perlu lah beli,. Jimat kan.
Barang tak perlu banyak, sebab nanti susah nak angkut barang. Kena sewa lori lah pula kan.
Eloklah survey dulu , tengok masuk sentuh rumah yang anda nak diami tu. Kalau langsir, ampaian , dapur dah ada, tak perlu lah nak bawa lagi.

Gambar hiasan

*Senarai barang ini mungkin berbeza pada tiap orang.
 

Keperluan untuk bahagian ruang tamu
  • Tikar / Karpet
  • Extension plug.
  • Rak kasut
  • Langsir
  • Kerusi comel
  • Laptop/ tv
  • Ayat pelindung rumah

Keperluan untuk bahagian bilik.
  • Almari kain.
  • Tilam / bantal / selimut
  • Rak baju
  • Langsir
  • Bakul kain kotor
  • Hanger
  • Kipas 
  • Seterika
  • Ridsect
  • Cermin
Keperluan untuk bahagian dapur.
  •  Dulang
  • Penapis (buat air kopi/teh)
  • Thermos
  • Bekas kopi/milo/gula.
  • Langsir
  • Ampaian
  • Heater
  • Multipurpose cooker
  • Rak pinggan
  • bakul sampah
  • sabun pinggan/ span
  • Rice cooker
  • penyapu
  • Penyodok
  • seliper jepun
  • Tong gas
  • Dapur
  • Peti sejuk 
  • Meja study yg bulat tu.(buat letak lauk)
  • Tudung saji
  • kain lap
  • tin biskut
  • pisau / papan pmotong /sudu garfu /cawan / jug / mug
  • Periuk / kuali
  • alas kaki

 Keperluan untuk bahagian tandas.
  • Mesin basuh
  • baldi
  • gayung
  • sabun/syampu.. etc
  • Alas kaki

emm banyak lah jugak kan.. hihi apa pun, jangan terlalu  terdesak sangat nak beli semua ni sekali harung. Beli sikit-sikit. Ni baru rumah sewa. Kalau rumah sendiri nanti, tak tahu lah macam mana.. ;)

Ok. Wassalam.


2 comments:

  1. TUMPANG IKLAN....

    ~~KAMBING BBG GOLEK 3 EKOR HANYA RM1000 SAHAJA~~

    MENU UTAMA
    Nasi Beriani / Nasi Arab (BERAS PUSA)
    Daging Dendeng ASC / Daging Rendang Serai
    Ayam Masak Merah / Ayam Palembang
    Sambal Sotong Kering
    Masak Lemak Nenas Ikan Masin
    Dalca Sayur
    Acar Buah
    Buah Tembikai Merah / Oren Sunkist
    Air Kordial Oren Sunquick
    Air Minuman

    TIT BITS CORNER - 400pax
    Air Teh Tarik
    Cendol (Siap Bancuh)
    Bubur (Kacang Hijau / Pulut Hitam)
    Kuih Manis / Kuih Pedas

    HIDANGAN ISTIMEWA MAKAN BERADAP
    Siakap Sweet Sour
    Ayam Golek Madu
    Butter Prawn
    Puding Karamel
    Buah-Buahan
    Jus Buah
    Air Minuman

    PELENGKAP MAJLIS
    1 Set Meja Makan Beradap Beserta Dekorasi
    1 Pasang Kerusi Pengantin
    8 Unit Kerusi Banquet Bersarung & Riben
    4 Set Dome VIP Beserta Peralatan
    30 Unit Meja Bulat Beserta Alas & Runner
    300 Unit Kerusi Plastik (Sarung & Riben)
    Centre Peace Setiap Meja Tetamu
    2 Buffet Station Beserta Dekorasi
    Peralatan Buffet Golden Bell
    1 Unit Meja Hadiah
    1 Unit Meja Door Gift
    1 Unit Meja Tit Bits
    PA System & Deejay
    12 Orang Pramusaji
    1 Orang Ketua Pramusaji

    KELENGKAPAN PELAMIN / BUSANA
    Pelamin Dewan, Kerusi Pengantin,
    Bekas Merenjis,, Walk Way 6 Unit,
    Pintu Gerbang, Karpet Merah 80 Kaki,
    Sepasang Persalinan Sanding L&P,
    Mekap, Hand Bouquet.

    KEK PENGANTIN
    Kek Fondant / Fresh Cream - 3 Tingkat
    Meja Kek Beserta Dekorasi

    Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
    Iza (012-4110390) - WhatsApp pon boleh =)

    ReplyDelete
  2. entri yang sangat membantu.. cik mia pun dalam persiapan pindah rumah bula n depan ni.. harapnya, dipermudahka segalanya..

    ReplyDelete